Usia bukan penghalang, ‘atuk’ 90 tahun juara bina badan

27 Sep 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Usia bukan penghalang, ‘atuk’ 90 tahun juara bina badan

TOKYO – Seorang warga emas, Toshisuke Kanazawa di Hiroshima yang baru sahaja merayakan ulang tahun kelahirannya yang ke-90 telah berjaya memenangi satu lagi pertandingan utama bina badan, lapor saluran berita The Guardian.

Kejayaan menewaskan tujuh peserta lain dalam kategori 85 tahun ke atas di Kejohanan Bina Badan Masters Jepun itu menandakan gelaran kebangsaan dia yang ke-19.

Tegasnya, kejayaanya itu bukanlah yang terakhir buat dirinya dan dia masih belum 

Dilahirkan di wilayah Shimane pada tahun 1936, Kanazawa pada asalnya merupakan atlet renang bagi acara 1,500 meter gaya bebas. 

Namun, masalah otot yang dialami telah meranapkan impian Olimpiknya, sekali gus mendorong beliau mengalihkan fokus ke arena bina badan profesional.

Usahanya membuahkan hasil apabila dia merangkul gelaran Mister Jepun pada usia 24 tahun, sebelum mengulanginya tiga tahun kemudian. 

Dia juga pernah menduduki tempat keempat dalam pertandingan Mr Universe 1967 di Montreal, bersaing di pentas yang sama dengan Arnold Schwarzenegger dan juara ketika itu, Sergio Oliva.

Sejak mencecah usia 80 tahun, Kanazawa telah meraih enam kejohanan World Masters.  – AGENSI

The post Usia bukan penghalang, ‘atuk’ 90 tahun juara bina badan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved