“Of course ada” – Fattah Amin Dah Sediakan Duit Raya Untuk Fatima

Entertainment
27 Mar 2025 • 4:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Fattah Amin mengatakan bahawa dia sudah menyediakan duit raya kepada anak perempuan tunggalnya iaitu Nur Fatima Aisya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Fattah berkata, Fatima akan menyambut Syawal bersama ibunya, Nur Fazura pada hari raya pertama dan kedua, manakala gilirannya pada hari raya ketiga dan keempat.

Dalam pada itu, Fattah juga ada bercadang untuk membawa anaknya pergi bercuti bersama di luar negara, namun perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak Fazura.

“Duit raya Fatima of course ada. Berapa (duit raya) tu pun saya dah set,” ujarnya.

image is not available

Fattah jelaskan hubungan dengan Amira hanya rakan sekerja

Sementara itu, ditanya mengenai komen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menjadi perhatian peminat baru-baru ini, Fattah mengakui dia pada awalnya tidak memahami isu tersebut.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza meninggalkan komen dalam satu sesi live Fattah bersama penyanyi Amira Othman, menyatakan keinginannya untuk membuat persembahan nyanyian dan juga merenjis pengantin sekiranya penyanyi itu mendirikan rumah tangga kelak.

@missviraltv

Kecoh semua bila Dato’ Siti Nurhaliza masuk LIVE Fattah Amin & Amira Othman, siap ajak buat persembahan dekat majlis kahwin #kisahartismalaysia #missviraltv #FattahAmin #AmiraOthman @toktitiktok @amiraothmanofficial @fattahamin

♬ original sound – Kisah Artis Malaysia – Kisah Artis Malaysia

Fattah bagaimanapun menyatakan rasa gembira dengan perkara tersebut, namun sekali lagi menjelaskan hubungannya bersama Amira hanyalah rakan sekerja.

“Pada awalnya saya blur dengan komen yang ditinggalkan oleh Tok Ti (Siti Nurhaliza). Namun Amira yang jelaskan kepada saya.

“Bagi saya, pada bulan Ramadan ini, kita kena selalu cakap, doa yang baik-baik sahaja. Saya gembira apabila kami dapat mengukir senyuman kepada orang lain,” katanya.

Kita doakan yang baik-baik buat mereka. Kalau ada jodoh tak kemana…

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.