"Oh, Inilah Isteri Kedua" - Abang Tesla Terbang Bertiga Ke Umrah Dan Turki

LocalEntertainment
6 Sep 2023 • 11:15 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Satu Malaysia mesti dah kenal Abang Tesla kita ni. Setelah dihujani pelbagai kontroversi, dia akhirnya mendedahkan wajah isteri keduanya sejak bernikah pada 18 Ogos lalu.

Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry memuat naik gambar bersama kedua-dua isterinya sebelum berangkat menunaikan umrah dan melancong ke Turki di akaun Instagramnya.

image is not available

Sebelum ini, Abang Tesla tidak pernah menunjukkan muka isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi, 22, walaupun sudah menjadi sepasang suami isteri.

Susulan pelbagai reaksi pengguna media sosial khususnya wanita yang meninggalkan komen selepas melihat muka isteri kedua Abang Tesla buat pertama kali.

Abang Tesla menikahi isteri keduanya selepas beberapa bulan berkenalan menerusi platform media sosial. Dia turut memaklumkan selesai menikah, dia telah menyediakan sebuah kediaman buat isteri keduanya yang juga berada di Johor Bahru.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved