“Oh Lupa Anak Saya Pelakon” – Ibu Anna Jobling Bidas Dakwaan Peguam, Jelaskan Situasi Sebenar

LocalEntertainment
13 Aug 2025 • 10:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia anna Jobling Dan Ibunya

Isu melibatkan pelakon Anna Jobling nampaknya makin panas apabila ibunya tampil bersuara dan membidas penjelasan peguam yang dikatakan tidak tepat.

Dalam beberapa hantaran di Instagram Stories, ibu Anna menjelaskan bahawa apa yang berlaku berbeza daripada cerita yang tular.

Ibu jelaskan situasi dikunci dalam kereta

Menurutnya, peguam tersebut hadir kerana dipanggil oleh Anna untuk mengeluarkan Anna dari kereta, bukannya datang untuk memaksa ibu keluar seperti yang didakwa.

image is not available

Ibu Anna turut memuat naik video menunjukkan Anna keluar daripada kereta diiringi peguamnya. Tak lama selepas itu, bunyi kereta telah dikunci di mana kunci bersama Anna.

Katanya, ini menjawab persoalan netizen yang bertanya kenapa beliau tidak membuka tingkap ketika kejadian.

Enjin mati mana boleh buka tingkap. Boleh dengar dengan jelas bunyi lock!

Beliau juga mempersoalkan dakwaan kononnya mereka trauma atau histeria ketika kejadian.

“Oh lupa, anak I pelakon”

image is not available

Katanya, keadaan sewaktu Anna dikeluarkan dari kereta berjalan tenang tanpa sebarang jeritan atau kekecohan.

image is not available

Dalam laporan mStar pula, wanita ini berkata, dia sudah cuba membuka pintu tapi tak boleh. Dia juga sudah cuba menekan butang ‘unlock’ tetapi gagal membuatkan dirinya panik.

Dia mula merasa pening kepala dan menggigil kerana risau terperangkap. Sebelum ini, dia dan Anna ada bergaduh di dalam kereta.

Apabila sudah tenang saya cakap nak lelap sekejap, dia terus jadi bad mood. Dia nak saya keluar dari kereta. Saya rasa kecil hati.

Terdahulu, peguam menjelaskan ibu Anna tidak dikunci di dalam kereta sebaliknya enggan keluar. Dia juga menjelaskan bukan mudah untuk seseorang mendapatkan perintah mahkamah tanpa bukti kukuh.

Pssttt! Ibu Anna pula bersuara jelaskan situasi dirinya ketika itu. Harapnya kes ini selesai cara baiklah. Anna pelakon berbakat yang sedang meningkat naik, sayang pula kalau isu personal macam ni diperbesarkan.

Kredit: Instagram Mama Jobling
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.