
Konflik di antara pelakon cantik, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop menyebabkan ada netizen mengungkit kisah lama yang berlaku semasa pertandingan Dewi Remaja 2018/2019.
Netizen ‘berkampung’ di TikTok pelakon Haneesya Hanee mengungkit kemenangan yang diraihnya dulu tetapi ditarik semula susulan kontroversi di kelab malam.
Ibu Anna nafi anaknya sebarkan video Haneesya
Menerusi satu sesi live di Instagram, ibu kepada Anna Jobling tampil menjawab soalan panas daripada netizen tentang dakwaan anaknya menyebarkan video Haneesya Hanee minum arak.
Aunty tak tahu. Aunty tak rasa anak aunty yang sebarkan video tu, ada orang lain. Kalau you tanya betul ke Anna yang sebarkan video Haneesya tu, setahu aunty Anna tak sebarkan video, ada orang lain yang sebarkan.
Jawapan tersebut sekali gus menafikan tuduhan terhadap Anna, sambil memberi bayangan bahawa ada pihak lain yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut.
Tak yg sekarang ni korang stalk tt aku sampai kebawah bawah dh kenapa korang cari apa sebenarnya
Pssttt! Rasanya tak perlu kaitkan dengan isu yang dah lama berlalu kan? Lagi pula, Anna sudah membuat penafian dirinya terlibat dalam penyebaran video kontroversi itu.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
Netizen Ungkit Kes Lama Haneesya Hanee Di Kelab Malam, Mak Anna Jobling Jawab, “Orang Lain Sebarkan”
appeared first on
.


