“Ohhh Tahu Sakit? Tak Perlu Berdamai, Lepaskan Saja!” – Datin Patimah Balas Kenyataan Media Syamsul Yusof

23 Mar 2023 • 12:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, pengarah sensasi, Syamsul Yusof telah mengadakan sidang media khas di Wangsa 118, Kuala Lumpur bagi menjawab beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Menerusi sidang media tersebut, pengarah berusia 39 tahun itu berkata dia tidak pernah memukul isteri pertamanya sepanjang mereka berkahwin seperti yang didakwa pada sebutan kali pertama permohonan perceraian di mahkamah.

Sebaliknya, Syamsul memaklumkan dia berulang kali mencuba untuk mengajak Puteri Sarah untuk berbincang namun permintaannya ditolak.

image is not available

Sumber: Harian Metro

Susulan itu, kenyataan sidang media pengarah filem Mat Kilau itu dibalas oleh ibunya sendiri, Datin Patimah Ismail menerusi ruangan komen di sebuah portal hiburan.

Menerusi ruangan komen, isteri kepada Yusof Haslam itu meminta Syamsul untuk melepaskan menantunya dan tidak perlu untuk berdamai lagi.

Ohhh tahu sakit? Begitulah juga rasa seorang isteri yang dicurangi, Allah itu maha adil, kalau begitu tak perlu berdamai, lepaskan saja!

Bukan itu sahaja, komen Datin Patimah turut mendapat perhatian Puteri Sarah sendiri yang bersetuju dengan kenyataan ibu mentuanya.

Agree with you mama. Tak payah cakap banyak spin sana sini, lepaskan jelah. Simpan lagi buat apa.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 19 jam lalu

"Isteri Kedua Dengar Kata Saya.." - Tak Pernah Keluarkan Apa-Apa Kenyataan, Syamsul Yusof Puji Ira Kazar