OIC kecam serangan Israel ke atas Iran, desak PBB ambil tindakan

WorldPolitics
14 Jun 2025 • 9:57 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Iran yang disifatkan sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan negara itu dan undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang rasminya pada Jumaat, Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha berkata serangan itu merupakan ancaman serius terhadap keamanan dan kestabilan serantau.

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) agar bertindak segera dan tegas bagi menghentikan serangan itu.

“Serangan ini menjejaskan keselamatan di seluruh rantau. Majlis Keselamatan perlu memikul tanggungjawabnya,” menurut kenyataan itu.

Serangan Israel yang dilaporkan bermula awal pagi Jumaat menyasarkan lokasi ketenteraan, nuklear dan kawasan awam di Tehran dan beberapa bandar lain.

Menurut Anadolu Ajansi, sekurang-kurangnya 86 orang termasuk pegawai kanan tentera dan orang awam terbunuh, manakala 341 lagi cedera dalam serangan udara besar-besaran Israel di Tehran dan Tabriz.