“Ok Lah Dari Kau…” – Digelar Tak Cantik Lepas Pembedahan Hidung, Lana Nodin Balas Komen Netizen

Entertainment
9 Nov 2022 • 4:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umum sedia tahu, pelakon Lana Nodin baru-baru ini mendedahkan dia menjalani pembedahan pada bahagian hidung di Korea Selatan.

Difahamkan pembedahan itu dilakukan untuk membetulkan hidung kerana pelakon itu pernah terlibat kemalangan ketika berumur 19 tahun.

Akan tetapi, masih ada warganet yang memberi komen negatif terhadap rupa fizikal pelakon berkenaan setelah melakukan pembedahan.

Tak cantik langsung muka.” – Netizen

image is not available

Walau bagaimanapun, Lana lantas membidas komen tersebut dengan menyatakan bahawa kecantikan dirinya adalah untuk suami, David McKienzie.

Ok lah dari kau malu tunjuk muka sendiri, aku cantik bukan untuk kau pun, untuk lelaki aku…Kau ada?”

image is not available

 

Sekadar info Lana Nodin telah mendirikan rumah tangga bersama David McKienzie iaitu seorang atlet bola tampar Amerika Syarikat pada tahun 2015.

image is not available 1 minggu lalu

"Nampak Natural Je" - Netizen Puji Kecantikan Lana Nodin Lepas Bedah Hidung