OKT Disahkan Meninggal Dunia Dalam Lokap Balai Polis

LocalPolitics
31 Dec 2024 • 10:01 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang orang kena tahan (OKT) lelaki disahkan meninggal dunia dalam tahanan di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, awal pagi Rabu.

Meninggal dunia dalam lokap polis

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, lelaki itu mula ditahan pada jam 12.30 petang hari Selasa lalu untuk siasatan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya.

Pada keesokan harinya, jam 9.14 pagi, tahanan berkenaan telah dibawa ke mahkamah Kota Bharu untuk permohonan reman.

“Mahkamah membenarkan lelaki terbabit direman selama empat hari bermula Rabu hingga Isnin (semalam),” katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun jelasnya, kejadian berlaku pada Isnin pagi apabila anggota bertugas di Balai Polis Pengkalan Chepa mendapati OKT tersebut tidak sedarkan diri pada jam 7 pagi.

“OKT disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.40 pagi oleh Penolong Pegawai Perubatan dar Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa,” ujarnya.

Kes ini kini di bawah siasatan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Siasatan lanjut akan diteruskan sehingga selesai bedah siasat, dengan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian