OKU & Murid Sekolah Nikmati Tambang KTM Percuma Mulai 15 Februari – Anthony Loke

21 Jan 2023 • 2:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan murid berpakaian sekolah bawah 12 tahun bakal menikmati tambang percuma untuk semua perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mulai 15 Februari ini. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke baru-baru ini.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, Loke berkata inisiatif itu dapat dilaksanakan melalui penjimatan RM15 juta setahun susulan penangguhan perkhidmatan KTM komuter dari Subang Skypark ke KL Sentral berkuat kuasa pada tarikh sama. Beliau berkata tawaran percuma itu bagi perkhidmatan tren komuter sektor utara dan Lembah Klang serta perkhidmatan antara bandar bagi laluan Gemas-Tumpat.

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.