OKU sebelah tangan hasilkan bot fiber

20 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: OKU sebelah tangan hasilkan bot fiber

TELUK INTAN: Biarpun hanya mempunyai sebelah tangan, seorang lelaki di Kampung Bahagia di sini gigih mengusahakan pembuatan bot fiber sejak 2024.

Herry Nizam Salleh, 46, berkata, perusahaan itu dimulakan dengan bantuan dan modal awal daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Menurutnya, dia kehilangan sebelah tangan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2018.

“Sekarang saya tidak me­nang tangan menerima tem­pahan bot untuk kegunaan memancing dan pengangkutan ketika musim tengkujuh.

“Usaha ini dilakukan bersama adik saya, Muhammad Puhaz Salleh, 34, dengan bot yang dihasilkan berukuran 16.5 kaki panjang,” katanya.

Herry Nizam berkata, bot itu bukan sahaja digunakan untuk memancing dan memukat di sungai, malah boleh dijadikan pengangkutan bagi memindahkan mangsa banjir.

Katanya, pada peringkat awal mereka hanya menerima tempahan sebanyak lima unit bot.

“Namun, pada 2025 hingga 2026 setakat ini, sebanyak 226 unit bot fiber atau gentian kaca ditempah pelanggan.

“Syukur, alhamdulillah, re­zeki kami dua beradik tidak pernah putus sejak membuka bengkel membina dan membaiki bot di atas tapak yang disewa di Lorong 1B, Kampung Bahagia,” katanya.

Katanya, dia turut melatih mereka yang berminat dalam kemahiran pembuatan bot. – UTUSAN

The post OKU sebelah tangan hasilkan bot fiber appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved