Olimpik 2024: Pernah Dipenjara Kes Rogol Kanak-Kanak, Atlet Bola Tampar Belanda Kena ‘Boo’ Dengan Penonton

29 Jul 2024 • 2:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Atlet bola tampar negara Belanda, Steven van de Velde yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 diejek oleh penonton ketika perlawan menentang Itali baru-baru ini.

Pada permulaan, hos memperkenalkan nama setiap pemain bagi perlawanan itu yang berlangsung di Stadium Eiffel Tower dan ketika nama Steven dilaungkan bunyi tepukan penonton dari tempat duduk masing-masing didengari dengan diiringi bunyi ‘boo’.

image is not available

Situasi itu berlaku selepas ramai menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penglibatan Steven dalam temasya sukan ini kerana dia merupakan pesalah kes rogol kanak-kanak bawah umur beberapa tahun yang lalu.

Pada 2016, Steven telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di United Kingdom (UK).

Kejadian itu berlaku pada tahun 2014 ketika Steven berusia 19 tahun yang melancong dari Amsterdam ke UK dan merogol kanak-kanak perempuan tersebut di sebuah rumah di Milton Keynes.

image is not available

Atlet berusia 29 tahun itu bagaimanapun hanya menjalani 12 bulan daripada hukuman tersebut dan dibenarkan untuk teruskan kerjayanya menjadi atlet bola tampar dan terpilih untuk mewakili Belanda pada Olimpik 2024.

Steven dan rakan atletnya bagaimanapun tewas kepada pihak lawan dari Itali dengan tiga set perlawanan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

Tak Tepati Selera Penonton, Anggap Pembukaan Sukan Olimpik 2024 Di Paris Membosankan