Olimpik: Nurul Izzah lepasi pusingan kelayakan, cipta rekod baharu acara pecut

9 Aug 2024 • 9:24 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

PARIS, 9 OGOS: Pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bermula dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan 1/32 acara pecut wanita di National Velodrome hari ini.

Pada aksi berkenaan, Nurul Izzah Izzati mempamerkan kayuhan baik untuk berada di kedudukan ke-21 daripada 28 pelumba dengan catatan masa 10.709 saat (s) di pusingan kelayakan sebentar tadi.

Pelumba berusia 20 itu berjaya memadamkan rekodnya sendiri pada Kejohanan Asia di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun lepas dengan catatan 10.903 s.

Pada Rabu (7 Ogos), beliau terlepas peluang ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechage.

Beliau bagaimanapun akan meneruskan cabaran ke pusingan repechage sebentar lagi selepas ketinggalan +0.081s kepada Sophie Capewell dari Great Britain pada pusingan 1/32 saringan empat.

Pada pusingan berkenaan, pemenang setiap saringan layak ke pusingan 1/16, manakala yang kalah mara ke 1/32 repechage.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved