Olimpik Paris: 1kg pisahkan Aniq dengan pingat gangsa

7 Aug 2024 • 11:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aniq ketika beraksi dalam acara angkat berat lelaki kategori 61kg pada Sukan Olimpik Paris 2024, di South Paris Arena 6 hari ini. Foto Bernama

MOHAMAD Aniq Kasdan menamatkan cabaran kategori 61 kilogram (kg) angkat berat Olimpik Paris 2024 di tempat keempat sebentar tadi.

Aniq hanya dipisahkan 1kg dengan pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat (AS), Hampton Morris yang berjaya melakukan angkatan keseluruhan 298kg.

Emas milik China, Li Fabin menerusi angkatan 310kg, manakala Theerapong Silachai dari Thailand merangkul perak dengan angkatan keseluruhan 303kg.