Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik hadiahkan pingat pertama buat Malaysia

4 Aug 2024 • 10:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aaron dan Wooi Yik selepas menentang beregu lelaki Denmark Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dalam penentuan pingat gangsa acara badminton pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle. Foto Bernama

BEREGU lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan beregu nombor dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.

Misi mempertahankan pingat gangsa yang pernah diraih di Tokyo 2020 sebelum ini tercapai apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan Denmark itu dengan kutipan mata 16-21, 22-20 dan 21-19.

Pasangan beregu nombor satu negara itu bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk mengalahkan lawan mereka di set kedua, seterusnya mencatat kemenangan di set ketiga.

Di Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk membawa pulang pingat gangsa. - Awani