
Atlet triatlon dari Kanada, Tyler Mislawchuk muntah teruk selepas terpaksa berenang di dalam Sungai Seine yang tercemar selepas selesai perlumbaan di Olimpik Paris.
Menurut media antarabangsa, insiden muntah tersebut dapat dilihat di kaca televisyen memandangkan sukan tersebut disiarkan secara langsung.
Canadian #triathlete Tyler Mislawchuk was seen vomiting after finishing a grueling race in the #SeineRiver. #OlympicGames #Paris2024 #Olympics pic.twitter.com/fyJ5AprnY8
— Ifeng News (@IFENG__official) July 31, 2024
Tyler dilaporkan baru sahaja melintasi garisan penamat selepas berjaya berenang 1.5 kilometer di dalam sungai itu merentasi kota Paris.
“Saya tidak menyesal walaupun saya muntah sebanyak 10 kali,” kata atlet itu.
Ramai atlet ‘terseksa’ lepas perlumbaan
Tyler mengalami detik sukar dan berada dalam keadaan tidak baik selepas menamatkan acara triatlon termasuk berenang 1.5 kilometer, berbasikal 40 kilometer dan berlari 10 kilometer.
Bukan hanya Tyler, beberapa atlet lain juga dilihat terbaring dan berada dalam keadaan tidak baik selepas selesai perlumbaan berkenaan.


Selama 100 tahun tak dibenarkan berenang
Terdahulu, Perancis menerima kritikan hebat selepas membenarkan atlet mengambil bahagian dalam acara renang maraton dan triatlon di dalam Sungai Seine.
Untuk tempoh 100 tahun sebelum ini, berenang di dalam Sungai Seine adalah dilarang kerana berisiko dijangkiti penyakit jikalau tertelan air sungai itu yang tercemar dan mengandungi kandungan tinggi bakteria berbahaya, E.coli.


Media juga melaporkan bahawa Sungai Seine beberapa kali gagal dalam ujian kebersihan yang dilakukan menjelang Sukan Olimpik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Olimpik 2024: Pernah Dipenjara Kes Rogol Kanak-Kanak, Atlet Bola Tampar Belanda Kena ‘Boo’ Dengan Penonton
The post Olimpik Paris 2024: Atlet Triatlon Muntah Berkali-Kali Selepas Terpaksa Berenang Di Sungai Seine Yang Tercemar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![[Video] Atlet Renang Olimpik Muntah 10 Kali Lepas Berenang Di Sungai Seine, Paris](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)