Olimpik Paris 2024: Hos Digugurkan Komen Berbaur Diskriminasi Terhadap Perenang Australia

30 Jul 2024 • 12:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang hos veteran sukan digugurkan dari saluran Eurosport selepas memberikan komen berbaur diskriminasi kepada pasukan perenang wanita Australia dalam pusingan akhir gaya bebas 4x100 di Olimpik Paris 2024.

Bob Ballard digugurkan dari tugasannya memberi ulasan terhadap sukan Olimpik 2024 selepas menyifatkan wanita sebagai golongan yang suka berpeleseran dan berhias.

Seksis

“Akhirnya peserta wanita menyudahinya (pertandingan). Anda semua tahu wanita suka berpeleseran dan bersolek,” ulas Ballard.