Olimpik Paris 2024: Indahnya! Lepas Menang Emas, Pemain Badminton Ini Dilamar Kekasihnya Dengan Sebentuk Cincin Berlian – “Saya Terkejut”

3 Aug 2024 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Atlet badminton dari China, Huang Ya Qiong meraikan dua kejayaan selepas perlawanan akhir beregu campuran di Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung di Arena Porte de La Chapelle pada Sabtu.

Menerusi kejayaan pertama, Ya Qiong, 30, bersama pasangannya Zheng Si Wei berjaya meningkatkan pencapaian pingat perak di Tokyo 2020 kepada emas setelah menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 21-8, 21-11.

Dilamar

Kemudian, selepas menerima pingat, Ya Qiong menerima satu kejutan manis apabila teman lelakinya, Liu Yu Chen, 29, yang juga pemain beregu lelaki China melamarnya dengan sebentuk cincin berlian.

"Saya tidak dapat menggambarkan perasaan kerana terlalu gembira, gembira dan gembira. Memperoleh pingat emas adalah pengiktirafan perjalanan kami," katanya mengenai kejayaan tersebut.

"Saya terkejut dengan cincin pertunangan ini. Saya belum memikirkan bagaimana kami akan meraikan (untuk lamaran dan kemenangan ini)," katanya.

Yu Chen, yang meraih pingat perak dalam edisi lalu bersama Li Jun Hui menamatkan kempen kali ini dengan tangan kosong apabila beliau bersama gandingannya Ou Xuan Yi gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian