Olimpik Paris 2024: Kacau! Atlet Great Britain Dakwa Jumpa Cacing Dalam Makanan

10 Aug 2024 • 9:29 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Atlet renang Great Britain, Adam Peaty, berasa kecewa terhadap pihak penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 kerana tidak berjaya menyediakan makanan yang cukup sihat buat para atlet.

Dia mengeluh dan mendakwa terdapat atlet yang menjumpai cacing dalam makanan yang disediakan oleh pihak pengajur buat atlet di dewan makan.

"Saya menyukai makanan saya tetapi terdapat atlet yang menjumpai cacing dalam ikan mereka. Ia tidak cukup bagus.

"Pihak katering tidak cukup bagus dalam menyediakan makanan buat atlet untuk beraksi," katanya kepada USA Report.

Begitupun, pihak yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan menafikan dakwaan Adam Peaty dan menjelaskan bahawa tiada bukti jelas.

"Tiada bukti mengenai kenyataan yang dibuat itu, ia jelas menimbulkan dakwaan yang agak keras," katanya kepada TMZ Sports.


Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved