
Olimpik Paris 2024: Kontinjen Indonesia Jadi Mangsa Kecurian Berjumlah RM262,200
Pasukan badminton Indonesia baru-baru ini telah menjadi mangsa sindiket kecurian ketika berada di Paris, semalam.
Kejadian dilaporkan berlaku ke atas pengurus pasukan badminton Indonesia, Armand Darmadji, lapor Stadium Astro.
Difahamkan, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan kira-kira jam 5.30 petang (waktu tempatan), pada Isnin.
Dalam perjalanan tersebut, tayar belakang kenderaan yang dinaiki mereka telah pancit semasa dalam perjalanan.
Kemudian, pengurus badminton berkenaan turun dari kenderaan untuk melakukan pemeriksaan.
Beliau juga meminta menghubungi syarikat kenderaan sewa berkenaan untuk meminta kenderaan ganti.
Menurut portal Stadium Astro lagi, Armand turut meminta bantuan polis berhampiran untuk mengesahkan lokasi kerana kurang kepastian akan keberadaan mereka.
Bagaimanapun, beliau menyedari bahawa beg yang mengandungi wang tunai sebanyak Rp950 juta (RM262,200) telah hilang bersama dompet dan kad kredit setelah kembali ke kenderaannya.
Dalam pada itu, barang-barang yang telah dicuri merupakan wang kontinjen badminton Indonesia yang terdiri daripada 53 orang, termasuk atlet dan pegawai bertugas.
Sumber: Stadium Astro
The post Olimpik Paris 2024: Kontinjen Indonesia Jadi Mangsa Kecurian Berjumlah RM262,200 appeared first on Siakap Keli.



