Olimpik Paris 2024: Pasukan Badminton Indonesia Jadi Mangsa Kecurian, Rugi RM258,000!

6 Aug 2024 • 9:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

 Malang tidak berbau. Itulah gambaran yang dihadapai oleh pasukan badminton Indonesia apabila mereka terlibat dengan kes kecurian saat berada di Paris, semalam.
 
Menurut laporan Vidio Sports, kejadian tersebut berlaku ke atas pengurus pasukan badminton Indonesia, Armand Darmadji saat mereka dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan pada Isnin, 5 Ogos jam 5:30 waktu tempatan.
 

Tayar kenderaan pancit 

Dalam perjalanan tersebut, tayar belakang kenderaan berkenaan pancit lantas beliau turun untuk melakukan pemeriksaan. Setelah memastikan perkara tersebut, Armand telah meminta menghubungi syarikat kenderaan sewa berkenaan untuk meminta kenderaan ganti.



Pada masa yang sama, beliau turut meminta bantuan polis berhampiran untuk mengesahkan lokasi kerana kurang kepastian akan keberadaan mereka.



Namun apabila beliau kembali ke kenderaannya, beliau menyedari bahawa beg yang mengandungi wang tunai berjumlah Rp950 juta (RM 258,862.07) telah lenyap bersama dompet dan kad kredit.





Barang-barang kecurian tersebut merupakan wang kontinjen badminton Indonesia yang terdiri daripada 53 orang, termasuk atlet dan pegawai.



Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini.