Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus Terkandas Repechage Pusingan Pertama Pecut

7 Aug 2024 • 10:32 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom, kandas dalam repechage pusingan pertama acara pecut Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Tempat Kedua Saringan Ketiga

Ini selepas The Terminator sekadar menduduki tempat kedua saringan ketiga di belakang pelumba Lithuania, Visiljus Lendel.

Dengan keputusan itu, Shah Firdaus sekurang-kurangnya boleh menumpukan kepada acara kegemarannya, keirin, bermula Sabtu ini.

Sekadar info, Shah Firdaus Sahrom, tewas kepada wakil Israel, Mikhail Yakovlev, dalam pusingan pertama acara pecut Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis.

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini

Sumber: Stadium Astro