
Kekalahan pemain badminton perseorangan negara, Goh Jin Wei untuk menjadi pemenang kumpulan H disifatkan bermaruah malah tetap mendapat pujian peminat kerana aksi cemerlangnya.
Meski terpaksa akur dengan keunggulan pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun, dalam aksi rubber set 17-21 22-20 21-23 pada Sukan Olimpik Paris 2024, Jin Wei mempamerkan semangat juang tinggi dan tidak memberi kemenangan mudah kepada Ga Eun.

