Olimpik Paris: Dhabitah layak ke final

8 Aug 2024 • 5:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nur Dhabitah Sabri. Foto Bernama

image is not available
Nur Dhabitah Sabri apada cara separuh akhir 3 meter papan anjal Wanita pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Centre Aquatique pada Khamis. Foto Bernama

PENERJUN berpengalaman negara, Nur Dhabitah layak ke pusingan akhir acara 3 meter(m) papan anjal Sukan Olimpik di Pusat Akuatik Paris sebentar tadi.



Atlet berusia 25 tahun itu bermula cemerlang apabila menamatkan terjunan pertama di kedudukan kedua daripada 18 peserta dengan mencatatkan 67.50 mata.

Jaguh China, Chen Yiwen di menamatkan pusingan pertama di tangga teratas dengan catatan 70.50 mata.

Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu layak ke separuh akhir dengan menamatkan pusingan kelayakan di kedudukan ke-12 dengan mengutip keseluruhan 283.65 mata.

Sebelum ini, pengarah teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas berkata Dhabitah perlu mengutip 330 mata dan ke atas untuk menaiki podium di Paris 2024.

Sebagai rekod, Dhabitah layak ke Olimpik Paris selepas diberikan slot tambahan daripada pihak Akuatik Dunia.

Pada aksi final Tokyo 2020, Dhabitah menamatkan saingan di tempat keempat selepas mengutip 326.15 mata keseluruhan.