Olimpik Paris: Nur Dhabitah mara separuh akhir

7 Aug 2024 • 11:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nur Dhabitah Sabri melepasi ujian awal acara 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 apabila layak ke separuh akhir pada Rabu.

[DIKEMAS KINI] PENERJUN sensasi negara, Nur Dhabitah Sabri melepasi ujian awal acara 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 apabila layak ke separuh akhir pada Rabu.

Dhabitah tampil dengan tiket wild card ke temasya sukan terbesar dunia itu mengakhiri cabaran di kedudukan ke-12 dengan catatan 283.65 mata selepas mengharungi lima terjunan di Pusat Akuatik Paris.

Atlet China, Chen Yiwen mengungguli saingan dengan catatan 356.40 mata, tempat kedua pula milik, Keeney Maddison (Australia, 337.35 mata) diikuti Aranza Vázquez Montaño (Mexico, 321.75).

Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 berusia 25 tahun itu pada penampilan di Olimpik Tokyo 2020, tiga tahun lalu, menamatkan saingan di tempat keempat pada aksi final selepas mengutip 326.15 mata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved