Olimpik Paris: Tang Jie-Ee Wei Tewas Di Suku Akhir Kepada Korea Selatan

1 Aug 2024 • 10:20 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Hasrat beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei untuk meraih pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 gagal selepas tewas di peringkat suku akhir kepada pasangan Korea Selatan hari ini.

image is not available

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

Menerusi laporan Berita Harian, pasangan nombor sembilan dunia itu dilihat sukar menghadapi gandingan nombor lapan dunia, Kim Won Ho dan Jeong Na Eun sebelum tewas 19-21,14-21 di Porte de La Chapelle Arena.

“Set pertama menyaksikan pasangan negara memberi tentangan sengit kepada Won Ho-Na Eun apabila saling mengutip mata.

“Namun, kecederaan yang dialami Ee Wei ketika kedudukan 9-11 menyebabkan rentak pasangan negara terbabit terganggu sebelum akur tewas 19-21 pada set pertama.

image is not available

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

“Pasangan negara cuba bangkit pada set kedua namun rentak permainan yang dipamerkan mereka serba tidak menjadi hingga satu ketika ketinggalan 1-10,” tulis laporan tersebut.

Pasangan Won Ho-Na Eun terus-terusan melakukan serangan menjarakkan lagi kedudukan mereka di hadapan menyebabkan wakil negara tidak mampu membawa perlawanan ke set penentuan dan tewas dengan kutipan mata 14-21.

image is not available

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

Namun begitu, Tang Jie-Ee Wei masih berbangga apabila berjaya sampai ke pusingan suku akhir walaupun ia merupakan penampilan pertama mereka di pentas Olimpik.

Pasangan Korea Selatan tersebut dijadualkan akan bertemu rakan senegaranya, Seo Seung-jae and Chae Yu-jung di pentas separuh akhir.

Sumber: Berita Harian (Syazwan Msar)