Olympia Industries terima kemudahan kredit RM20 juta daripada OSK Capital, nisbah hutang meningkat kepada 53.7%

LocalBusiness & Finance
11 Nov 2026 • 5:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Olympia Industries terima kemudahan kredit RM20 juta daripada OSK Capital, nisbah hutang meningkat kepada 53.7% Image from: Olympia Industries terima kemudahan kredit RM20 juta daripada OSK Capital, nisbah hutang meningkat kepada 53.7% sarah11/11/2026 - 17:40 Gambar dari laman web Olympia Industries Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 Nov - Olympia Industries Berhad menerima kemudahan kredit sehingga RM20 juta daripada OSK Capital Sdn Bhd bagi membiayai keperluan modal kerja, dengan nisbah hutang kepada ekuiti kumpulan dijangka meningkat kepada 53.7%.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, syarikat itu menerima kemudahan kredit berkenaan pada 11 November 2026, yang turut boleh digunakan bagi tujuan lain tertakluk kepada kelulusan OSK Capital.

 

Olympia berkata, penerimaan kemudahan kredit itu dijangka meningkatkan nisbah hutang kepada ekuiti kumpulan sebanyak 6.6 mata peratusan, daripada 47.1% berdasarkan penyata kewangan beraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 kepada 53.7%.

 

Tanah pegangan bebas di Kuala Lumpur dijadikan cagaran

Sebagai jaminan pembiayaan, kemudahan kredit tersebut akan disokong oleh cagaran undang-undang kedua ke atas sebidang tanah pegangan bebas di Mukim Batu, Kuala Lumpur, termasuk sebarang bangunan atau struktur yang telah atau akan dibina di atas tanah berkenaan.

 

Tanah itu dipegang oleh RHB Trustees Berhad sebagai pemegang amanah bagi pihak Olympia Properties Sdn Bhd, yang merupakan pemilik benefisial hartanah tersebut.

 

Menurut syarikat itu, pengaturan cagaran turut merangkumi debentur khusus yang mewujudkan cagaran tetap ke atas tanah berkenaan bagi kepentingan OSK Capital selaku pemberi pinjaman.

 

Perjanjian tersebut juga memberikan kuasa tertentu kepada OSK Capital atau wakil yang dilantik untuk menguruskan tanah yang dicagarkan mengikut syarat debentur berkaitan.

 

Bagaimanapun, Olympia tidak memperincikan kadar faedah, tempoh pembayaran balik atau tarikh matang kemudahan kredit itu dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved