OM System PEN Baharu Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM4290

LocalDigital
9 Sep 2026 • 7:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OM System PEN Baharu Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM4290

OM System PEN baharu secara rasminya diperkenalkan sebagai sebuah kamera nircermin kompak dengan lensa boleh tukar berasaskan sistem Micro Four Thirds. Model ini menyasarkan pengguna yang mahukan keseimbangan antara gaya dan prestasi tanpa perlu berkompromi dengan identiti premium.

Image from: OM System PEN Baharu Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM4290

Ia menggabungkan gaya retro klasik dengan tubuh plastik yang sesuai dijadikan kamera untuk bercuti dan kegunaan harian. Kamera ini dilengkapi sensor 20.4MP Live MOS bersama pemproses TruePic IX serta sistem penstabilan imej 5-axis sehingga 5.5EV. Sistem autofokus 121 titik dengan pengesanan subjek manusia dan haiwan melengkapkan pengalaman penggunaan, manakala viewfinder OLED 2.36 juta titik terbina dalam memberikan keselesaan tambahan.

Image from: OM System PEN Baharu Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM4290

Kamera ini menyokong rakaman sehingga resolusi 4K dengan mod OM-Cinema1 dan OM-Cinema2 serta fungsi rakaman menegak untuk media sosial. Ia turut menawarkan keupayaan fotografi terbina seperti High Res Shot, Live ND, Focus Stacking dan HDR. Selain itu, terdapat 24 mod adegan yang meliputi enam tema, 16 penuras serta kawalan profil warna dan monokrom dengan sehingga 12 pilihan tahap.

Image from: OM System PEN Baharu Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM4290

Melengkapi kamera ini adalah mod webcam plug and play melalui USB-C, pengecasan pantas USB-C serta bateri yang mampu menghasilkan sehingga 410 rakaman bagi setiap caj penuh. Badan kamera ini turut dilengkapi perlindungan IPX1 yang tahan debu dan percikan air.

Image from: OM System PEN Baharu Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM4290

Bagi yang berminat, kamera ini dijual di Malaysia pada harga RM4,290 untuk tubuh sahaja dan RM4,990 bersama lensa 14-42mm F3.5-5.6 III kit. Ia boleh didapati dalam pilihan warna perak dan hitam dengan setiap pembelian sehingga 30 September disertakan hadiah percuma menarik termasuk waranti tambahan 1+1 tahun.

Sumber – OM System MY

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved