Pearly-Thinaah singkir juara Terbuka Malaysia

8 Jul 2022 • 10:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan- M Thinaah menggamatkan ribuan penonton di Axiata Arena Bukit Jalil selepas mengesahkan tempat ke separuh akhir Malaysia Masters 2022 sebentar tadi.

Gandingan yang kini berada di ranking ke-10 dunia itu mencipta kejutan apabila menang ke atas juara Terbuka Malaysia 2022, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-18, 21-17 dalam tempoh 42 minit.

“Kami beraksi dengan baik hari ini. Kami bermain dengan tenang, fokus dan juga sangat agresif.

“Bagaimanapun banyak yang perlu kami perbaiki untuk perlawanan esok,” kata Pearly selepas perlawanan.

Menanti pasangan negara itu pada separuh akhir adalah pasangan dari China yang merupakan pemegang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2022, Chen Qingchen-Jia Yifan.

Qinchen-Yifan mara selepas menewaskan pasangan senegara, Du Yue-Li Men Wei menerusi kemenangan straight set 21-15, 21-13 dalam aksi yang berlangsung pada sebelah petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved