Omoda 4 Ditayang, Berkonsepkan Mecha, Bakal Dilancar Tahun Depan

Cars
19 Oct 2025 • 8:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Omoda 4 (O4) membuat penampilan sulungnya di Omoda & Jaecoo International User Summit 2025 yang sedang berlangsung di Wuhu, China.

image is not availableimage is not available

Sebelum ini, ia diperkenalkan sebagai Omoda C3 pada awal tahun ini, namun crossover sporty segmen-B ini diberi nama baharu iaitu Omoda 4, dan bakal menjadi produk global seterusnya bagi O&J.

image is not available

Menjengah luarannya, Omoda 4 baharu ini menampilkan gaya yang sama dengan model kembarnya terdahulu, dan hadir dengan reka bentuk yang lebih tajam membuatkan penampilannya agak sporty.

Menjengah bahagian hadapan, O4 dilihat lebih kemas, menampilkan lampu utama LED jenis bertingkat selain saluran udara hadapan berbentuk heksagon selain hadir dengan pelbagai elemen berbentuk heksagon pada lengkung tayar, cermin sisi, dan juga pemegang pintu.

Selain bumbung dua tona berwarna gelap dan fender belakang yang menonjol, O4 turut dilengkapi dengan rim aloi 18 inci.

image is not availableimage is not available

Bahagian belakang O4 pula lebih ringkas, menampilkan rekaan pintu belakang yang kemas, lampu belakang LED nipis dengan corak pencahayaan zig-zag ala Omoda C7, spoiler bumbung, serta kemasan bampar plastik belakang yang sepadan dengan pelapik sisi.

Tema mecha juga diteruskan ke bahagian dalam kabin O4, dimana terdpaat butang penghidup enjin gaya jet pejuang yang terletak di konsol tengah. Ciri-ciri lain termasuk tempat duduk hadapan sporty dengan jahitan heksagon, skrin infotainmen tegak, bumbung kaca panoramik luas, ruang but besar dengan tayar simpanan kecil, dan banyak lagi.

image is not available

Memandangkan acara hari ini hanyalah pratonton, maka banyak butiran tidak didedahkan , termasuk enjinnya.

Bagaimanapun, lencana ‘225T’ pada pintu belakang mungkin menunjukkan jumlah tork yang dihasilkan, seperti mana dilihat pada beberapa model lain keluaran Kumpulan Chery.

image is not availableimage is not available

Jadi ada kemungkinan O4 ini menggunakan enjin petrol turbo Acteco 1.5 liter 4 silinder yang sama seperti Chery O5, dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 154 hp dan tork 230 Nm.

Selain itu, tidak kelihatan port pengecasan sekali gus juga menguatkan ia bukannya kereta elektrik.

image is not availableimage is not available

Buat masa ini, Omoda 4 baharu dijangka membuat penampilan global rasminya sekitar tahun 2026, dan bakal menjadi model paling kompak dalam barisan produk global O&J, selain Jaecoo J5.

Difahamkan juga akan ada versi lebih sporty dikenali sebagai Omoda 4 Ultra, yang menampilkan kit gaya tambahan dan beberapa kelainan reka bentuk, dan akan diperkenalkan minggu hadapan.

Jadi, nantikan kemunculannya!