Omoda 4 Ultra Dipertontonkan – Model Omoda | Jaecoo Paling Sporty Setakat Ini?

Cars
21 Oct 2025 • 10:40 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Versi sporty bagi model baharu Omoda 4, yang dinamakan Omoda 4 Ultra, telah membuat penampilan sulungnya di peringkat global semasa acara automotif besar-besaran Omoda & Jaecoo International User Summit 2025 yang kini sedang berlangsung di Wuhu, China.

Model Ultra ini tampil lebih agresif bukan sahaja dari segi rekaan tetapi juga prestasi, secara tidak langsung menjadikannya salah satu model O&J yang paling mengancam setakat ini.

Aerokit Ganas dan Warna Electro Yellow Menonjol

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Perbezaan paling ketara pada Omoda 4 Ultra adalah penambahan aerokit sporty yang diinspirasikan dari kereta lumba. Ia merangkumi pemisah hadapan (front splitter) yang dipanjangkan, skirting sisi yang lebih sporty, penutup cermin sisi gentian karbon, sayap belakang yang agresif dan diffuser belakang yang lebih berani.

image is not availableimage is not available

Ultra ditawarkan dalam warna luaran khas Electro Yellow yang sangat menonjol. Ia turut dipadankan dengan set rim aloi 19 inci baharu yang tersendiri, dengan kaliper brek yang turut diberikan warna kuning, menyerahkan lagi aura sporty model ini.

Kabin Inspirasi Video Game & Mod Bunyi 'Prestasi' Khas

image is not availableimage is not available

Seperti kembar standardnya, O4 Ultra mengekalkan susun atur kabin yang sporty dengan elemen reka bentuk yang diinspirasikan daripada dunia gaming. Di dalamnya, kita masih dapat melihat komponen utama seperti butang penghidup enjin ala jet pejuang di konsol tengah, skrin infotainmen besar dalam kedudukan potret bersama kluster meter digital yang halus.

Ciri menarik lain ialah tempat duduk depannya yang sporty dengan sisipan kuilt heksagon, pencahayaan ambien dan bumbung kaca panoramik penuh.

Satu fungsi baharu yang diperkenalkan khas untuk O4 Ultra ialah mod ‘Performance Sound’ iaitu bunyi sintetik yang dihasilkan secara maya seperti yang terdapat pada EV, yang dimainkan setiap kali pemandu menekan pedal minyak dalam mod pemanduan Sport. Ciri ini disediakan untuk meningkatkan sensasi pemanduan.

Sistem Hibrid Super O&J Capai 347 PS

Untuk sistem trenkuasanya, Omoda 4 Ultra digerakkan oleh Sistem Hibrid Super (SHS) Omoda & Jaecoo yang menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) 143 PS dan 215 Nm bersama motor elektrik tunggal yang membekalkan 204 PS dan 310 Nm.

image is not availableimage is not available

Gabungan kuasa ini membolehkan crossover sporty ini membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 180 km/j.

image is not available

Walaupun O&J tidak menyatakan secara spesifik jenis sistem hibrid yang digunakan, angka-angka yang diberikan membayangkan crossover ini menggunakan sistem Hibrid Selari (HEV) jenama tersebut, sama seperti yang terdapat pada Omoda C5 HEV dan Jaecoo J5 HEV baharu. Sistem yang menggunakan enjin petrol 1.5 liter 4 silinder turbo sebagai teras ini dikatakan mampu menawarkan jarak pemanduan maksimum sehingga 1,000 km!

Pelancaran Global 2026

image is not availableimage is not available

Sama seperti O4 standard, model sporty Omoda 4 Ultra dijadualkan untuk membuat kemunculan di pasaran globalnya dalam tahun 2026. Ia diuar-uarkan bakal menjadi model O&J yang paling sporty dalam portfolio syarikat.

image is not availableimage is not available

Dengan spesifikasi dan penampilan yang padu ini, adakah anda teruja untuk melihat O4 Ultra ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia?

image is not available