Omoda C9 CKD Sudah Mula Dihasilkan, Bakal Diserahkan Pada Jan 2025

LocalCars
13 Dec 2024 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jaecoo Malaysia mengesahkan bahawa pemasangan tempatan Omoda C9 yang pertama diproduksi di kilang Chery yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Namun penyerahan model itu akan dibuat pada Januari depan.

image is not available

Untuk pengetahuan anda, Omoda C9 sudah pun dilancarkan pada 6 Disember lalu.

Omoda C9 ditawarkan dalam dua varian: varian pacuan roda depan (2WD) yang ditawarkan pada harga RM168,800 manakala varian pacuan semua roda (AWD) pula (RM188,800).

Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek berkata pihaknya gembira dengan sambutan yang menggalakkan untuk C9.

image is not available

“Versi CKD ini menunjukkan komitmen kami untuk memenuhi permintaan pelanggan di Malaysia selain nyediakan pengalaman pemilikan yang premium."

“Sebagai jenama yang melabur untuk jangka masa panjang, kami mahu menjaga pelanggan kami sepanjang perjalanan pemilikan mereka bersama kami,” katanya.

Kilang di Shah Alam itu merupakan hab utama untuk operasi SUV Jaecco J7 versi CKD.

image is not available

Menurut Jaecoo Malaysia, Jaecoo J7 dan Omoda C9 sudah boleh dipandu uji dan tempahan model tersebut boleh dibuat di semua pengedar sah Jaecoo di seluruh negara.