Omoda | Jaecoo Malaysia buka gudang alat ganti baharu di Shah Alam

LocalCars
20 May 2025 • 5:11 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Omoda | Jaecoo Malaysia buka gudang alat ganti baharu di Shah Alam

image is not available

20/05/2025 - 17:11

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 20 Mei - Omoda | Jaecoo Malaysia membuka sebuah gudang alat ganti baharu di Shah Alam bagi memastikan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan di seluruh negara berjalan lancar.

Gudang tersebut dimiliki dan diuruskan oleh Chery Corporate Malaysia dan terletak di Kawasan Perindustrian Hicom, Shah Alam.

Ia mula beroperasi sejak Mac 2025 dengan keluasan 88,000 kaki persegi, lebih dua kali ganda daripada saiz gudang sebelum ini.

Naib Presiden Omoda | Jaecoo Malaysia, Emily Lek berkata, gudang baharu itu akan digunakan bagi menyokong rangkaian pengedar yang semakin bertambah serta melancarkan perkhidmatan selepas jualan.

"Syarikat mengutamakan pengalaman pelanggan. Dengan adanya gudang ini, Omoda | Jaecoo dapat memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat dan menyokong penghantaran ke negara-negara ASEAN," jelasnya.

image is not available

Buat masa ini, gudang berkenaan menyimpan kira-kira 10,000 alat ganti untuk semua model Omoda dan Jaecoo di Malaysia.

Ia juga bersedia untuk menyokong pelancaran model baharu, iCAUR 03, pada suku ketiga 2025.

Setakat ini, Omoda | Jaecoo Malaysia mempunyai 45 pengedar di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan.

Sementara itu, jenama iCAUR telah melantik 11 pengedar dan merancang untuk membuka lebih banyak cawangan tidak lama lagi. - DagangNews.com

standard