“On antibiotik tanpa pengetahuan saya” – Ibu Terkilan Anak ‘Pergi’ Lepas Ambil Ubat Akibat Alergik

Entertainment
11 Oct 2023 • 2:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tiada apa yang memeritkan hati seorang ibu selain daripada si anak yang ‘pergi’ menghadap Ilahi, apatah lagi pada usia muda seawal 8 tahun. Lebih pilu lagi jika anaknya itu ‘pergi’ secara mengejut.

Tanggal 10 Julai 2023 adalah memori yang paling pedih buat si ibu, Suzieyana Shariff ini kerana putera kesayangannya, Muhammad Iman Syakir kembali kepada-Nya akibat alahan setelah diberikan antibiotik oleh pihak hospital.

Mengimbau semula kenangan sewaktu arwah Iman berada di hospital, Suzie menjelaskan kepada Lobak Merah bahawa DNA Iman ada kuman, malah sel darah putih dalam badan Iman juga tinggi.

Oleh sebab itu, adik Iman diberikan 2 jenis antibiotik dalam satu masa, pada malam kejadian, Iman mengalami alergik kira-kira jam 11 malam setelah diberikan antibiotik tersebut sehinggakan tangan adik Iman jadi bengkak.

Jelas Suzie pada waktu itu, doktor ada bertanyakan sama ada dia ada memberikan Iman apa-apa makanan, namun Suzie menjawab bahawa dia hanya berikan makanan hospital.

image is not available

image is not available

Disebabkan perkara ini, doktor menghentikan pemberian ubat antibiotik tersebut. Bagaimanapun, kejadian ngeri itu masih belum berakhir apabila Iman dikejutkan jam 6 pagi untuk diambil darah. Jelasnya pihak hospital mahu mengenal pasti punca kejadian alahan itu.

Iman dibawa ke bilik lain dan hati Suzie gelisah apabila mendengar tangisan adik Iman. Setelah selesai, Suzie tenangkan adik Iman sebelum dapat sambung tidur.

image is not available

Banyak persoalan di fikiran Suzie, ketika tiba giliran Iman untuk doktor buat semakan, Suzie menjelaskan doktor tersebut tak banyak cakap setelah ditanya banyak soalan.

image is not available

Setelah semuanya selesai, banyak topik yang Suzie bualkan dengan adik Iman, antaranya adik Iman mahu pergi bercuti dan macam-macam lagi. Namun tanpa diduga, itulah hari terakhir dia dapat meluangkan masa bersama Iman.

image is not available

Saat keluarganya mahu menjenguk, adik-adiknya tidak dapat masuk wad dan hanya mampu melambai dari tingkap, pada waktu inilah memori pahit buat Suzie apabila dia terdengar adik Iman berteriak kesakitan.

Ketika dia bertanyakan kepada jururawat, mereka menjawab ia adalah arahan doktor untuk memberikan antibiotik yang sama dan adik Iman terkena alahan itu tanpa pengetahuan Suzie.

image is not available

Adik Iman menghembuskan nafas terakhir pada 10 Julai lepas dan kini Suzie difahamkan sedang berurusan dengan pihak sebuah hospital di Kota Tinggi itu untuk urusan berkenaan dengan kes adik Iman ini.

Salam takziah kami ucapkan kepada puan Suzie sekeluarga dan al-fatihah buat adik Iman.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.