ONE Championship: Rifdean tidak layak rebut tali pinggang, gagal ujian timbang berat, hidrasi

16 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

ONE Championship: Rifdean tidak layak rebut tali pinggang, gagal ujian timbang berat, hidrasi

Petarung muay thai negara, Rifdean Masdor, gagal melepasi ujian timbang berat dan hidrasi (hydration test) menjelang pertemuan berdepan jaguh dari Jepun,  Nadaka Yoshinari, dalam saingan ONE Samurai 4 di Tokyo, esok.

Kegagalan untuk melepasi ujian itu menyaksikan Rifdean tidak layak untuk merebut tali pinggang dunia daripada juara bertahan berusia 25 tahun itu, namun Rifdean perlu menghantar sampel ujian terkini sebelum pertarungan diteruskan menerusi catchweight iaitu persetujuan daripada pihak lawan untuk bertarung meskipun terdapat perbezaan daripada aspek berat badan.

Menerusi laman Instagram ONE Championship, berkongsikan: "Rifdean Masdor gagal memenuhi syarat berat badan dan tahap hidrasi menjelang pertarungan merebut Gelaran Dunia menentang Nadaka di ONE SAMURAI 4.

 

    View this post on Instagram           

 

 

"Dia kini perlu menyerahkan sampel yang menunjukkan tahap hidrasi yang mencukupi sebelum boleh berunding untuk mengadakan perlawanan dengan had berat yang dipersetujui bersama (catchweight) menentang Nadaka.

"Rifdean tidak lagi layak untuk memenangi Gelaran Dunia Muay Thai ONE kategori Atomweight. Nantikan perkembangan terkini di saluran media sosial kami!" kongsinya.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved