One UI 7 Akan Menawarkan Animasi Pantas Dan Konsisten Mirip iOS

TechnologyDigital
26 Nov 2024 • 2:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini, peranti Android akhirnya mempunyai kemampuan peralihan animasi yang lebih kurang sama pada iOS. Ini bermakna, setiap tatalan dan penggunaan pada skrin termasuk buka/tutup/tukar aplikasi akan mempunyai animasi yang cantik serta konsisten. Perkara ini telah diberikan pada OnePlus 13, Oppo Find X8 dan juga realme GT 7 Pro. Akan datang giliran Samsung pula.

One UI 7 yang dijangka tiba pada Disember ini dan kemas kini penuh bermula awal tahun 2025, dilihat bakal menawarkan animasi lebih kurang sama. Ia konsisten pada talam notifikasi, senarai aplikasi terbuka, sangat pantas dan lancar ketika buka/tutup aplikasi dan lebih sedap mata memandang. Rekaan antaramuka juga menjadi mirip iOS, di mana banyak elemen buih dan elemen lutsinar seakan kaca berkabut.

image is not available

Ciri lebih kurang sama Dynamic Island turut akan diberikan pada One UI 7. Sama-sama kita nantikan senarai peranti yang akan menerima kemas kini ini tidak lama lagi.