Tablet Nubia Pad 3D Bakal Dilancarkan Di MWC 2023

TechnologyDigital
17 Feb 2023 • 10:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kemaskini baharu di Weibo secara jelas menunjukkan ZTE turut mengambil bahagian pada acara MWC tahun ini. Melaluinya mereka bakal melancarkan sebuah tablet yang dikenali sebagai Nubia Pad 3D. Tablet ini dihasilkan dengan kerjasama Leia Inc yang merupakan sebuah syarikat Amerika yang menghasilkan produk dan aplikasi perisian 3D Lightfield.

image is not available

Menurut ZTE, ia kelak menjadi tablet dengan paparan 3D yang berupaya mensimulasikan kesan melihat imej tiga dimensi dengan mata kasar. Melaluinya, ia didakwa menggunakan teknologi AI pertama dunia untuk imej dalam tiga dimensi yang bermakna tiada cermin mata atau efek parallax khusus diperlukan. Tiada maklumat lanjut yang didedahkan, malahan tidak diketahui bagaimana tablet ini akan berfungsi sepenuhnya.

image is not available

Menyentuh aspek rekaan pula, Nubia Pad 3D mempunyai tubuh dengan skrin yang rata dan saiz bezel tidak seimbang. Ia menunjukkan bezel yang agak tebal pada bahagian atas bersama dwi-kamera swafoto. Sementara itu, bezel di ketiga-tiga sisi lain pula kelihatan nipis sahaja. Port sambungan USB-C turut digunakan pad tablet yang diletakkan bersama-sama dengan dua pembesar suara.

Tablet ini akan dilancarkan di MWC yang dijadualkan pada 28 Februari 2023. Segala maklumat penuh sama ada mengenai perkakasan dalaman atau harga jualan bakal terjawab selepas pelancaran rasmi kelak.