OnePlus 13s Kini Rasmi Dengan Skrin 6.32″ dan Snapdragon 8 Elite

TechnologyDigital
6 Jun 2025 • 7:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus 13s dilancarkan semalam dengan ia sebuah peranti mercu kompak dengan skrin 6.32″ OLED LTPO 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Elite, memori 12GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 512GB UFS 4.0 dan bateri 5850 mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Ini meletakkannya sebagai pesaing kepada iPhone 16e dan Google Pixel 9a tetapi dengan cip pemproses yang lebih berkuasa.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar dengan sensor 50MP Sony LYT-700 dilengkapi OIS dan lensa telefoto 50MP dengan sensor Samsung JN5. Sementara itu di hadapan pula sensor 32MP digunakan pada kamera telefoto. Tiada lensa ultra lebar ialah pilihan yang agak aneh kerana ini ialah konfigurasi yang digunakan pada peranti di-kamera.

Skrin peranti menyokong kandungan Dolby Vision yang nampaknya kini disokong pada semua peranti OnePlus dan Oppo. Ciri lain yang disertakan ialah pemancar infra merah, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC dan kemampuan kalis air IP65.

image is not available

Ia turut dilengkapi butang Plus pada sisi kiri menggantikan butang lungsur. Butang boleh diprogramkan untuk membisukan peranti, melancarkan pembantu maya dan banyak lagi mengikut kehendak pemilik. Di atas kertas, OnePlus 13s ialah OnePlus 13T tetapi hanya untuk pasaran India dengan kapasiti bateri yang lebih kecil

Di Indina OnePlus 13s dijual pada harga bermula INR 54,999 (~RM 2709) dengan pilihan warna Green Silk, Pink Satin, dan Black Velvet.