OnePlus dijangka akan memperkenalkan peranti mercu terbaru mereka, OnePlus 15 padda penghujung tahun ini dan melangkah nombor 14 kerana dikhuatiri sebuah nombor yang dilihat sebagai “malang”. Tidak banyak yang diketahui mengenai spesifikasi peranti ini sehingga sekarang, kecuali kebarangkalian besar bahawa ia akan dikuasakan cip pemprosesan mercu Qualcomm akan datang, iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Elite 2.
Terkini, beberapa laporan telah keluar mengatakan bahawa ada beberapa perubahan besar yang akan dilakukan pada peranti tersebut, khususnya dari sudut sistem kamera yang terbina pada peranti tersebut.

Yang terutama ialah OnePlus 15 nampaknya tidak akan menggunakan jenama Hasselblad lagi untuk peranti tersebut. Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman daripada kedua-dua pihak tentang samada benarkah kerjasama penjenamaan ini akan berakhir, atau hanya akan digunakan pada model-model tertentu. Kerjasama diantara kedua-dua syarikat ini telah bermula sejak tahun 2021 dengan peranti OnePlus 9.
Satu lagi perubahan ialah OnePlus 15 nampaknya tidak akan menggunakan rekaan sistem kamera berbantuk bulat seperti beberapa model sebelumnya. Bentuk modul kamera baru ini tidak diketahui lagi, tetapi mereka nampaknya akan menggunakan sistem tri-kamera dengan sensor 50MP yang sama seperti sebelum ini, tetapi dengan teknologi periscope lens terbina.
Ia juga dilaporkan bahawa OnePlus 15 mungkin akan hadir dengan paparan skrin yang lebih kecil, menyerupai apa yang diperlihatkan pada dua peranti kelas premium yang diperlihatkan oleh mereka, iaitu OnePlus 13T dan OnePlus 13s.
OnePlus baru sahaja melancarkan peranti pintar OnePlus 13s yang hadir dengan rekaan padat tetapi dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite pada awal bulan ini khusus untuk pasaran India selepas OnePlus 13T diperkenalkan di China beberapa bulan lalu.
OnePlus 15 pula dijangka akan diumumkan pada penghujung tahun ini.
