OnePlus 15 Sekali Lagi Dikatakan Tidak Dilengkapi Kamera Hasselblad

TechnologyDigital
2 Sep 2025 • 7:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jun lalu kami melaporkan ura-ura OnePlus 15 tidak akan hadir dengan sistem kamera Hasselblad yang diperkenalkan sejak OnePlus 9. Hari ini Smartprix melaporkan sistem Hasselblad bukan sahaja tidak digunakan malahan akan digantikan dengan sistem baharu yang diberi nama Image Engine.

Kerjasama asal Hasselblad dan OnePlus adalah untuk tempoh 4.5 tahun yang akan berakhir tahun ini. Sejak perjanjian dilakukan, kamera Hasselblad juga digunakan pada peranti mercu Oppo seperti siri Find. Oppo dipercayai melakukan kajian dan pembangunan sistem kamera kendiri sama seperti yang dilakukan oleh Huawei dengan Xmage.

image is not available

Penggunaan sistem kamera tersendiri juga akan meletakkan mereka sama seperti Apple, Samsung dan Google yang tidak pernah bekerjasama dengan syarikat luar pada kamera peranti mereka. Adalah menarik untuk melihat sama ada OnePlus 15 kelak akan benar-benar mengucapkan selamat tinggal kepada Hasselblad. Walaupun Hasselblad menarik, saya merasakan ia tidak cukup unik jika dibandingkan dengan kamera Xiaomi dan Vivo yang masing-masing bekerjasama dengan Leica dan Zeiss.

Hasselblad kini lebih sinonim dengan DJI sejak kebelakangan ini kerana penggunaan sensor serta lensa yang lebih baik jika dibandingkan dengan pada telefon pintar. Jika ura-ura ini benar, OnePlus dan Oppo perlu memastikan Image Engine adalah lebih baik daripada sistem kamera sebelum ini jika ingin kekal kompetitif.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved