OnePlus Ace 2 dilapor sedang dibangunkan, ia dilengkapi Snapdragon 8+ Gen 1

Digital
22 Nov 2022 • 3:12 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Spekulasi di Internet bertiup kencang menunjukkanyang OnePlus sedang membangunkan sebuah telefon berkelas flagship. Menurut maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, OnePlus Ace 2 adalah nama model yang sedang dibangunkan pengeluar telefon itu dan yang menarik, ia diperkasa cip Snapragon 8+ Gen 1.

Walaupun ia menggunakan cip tahun lepas, jangan dilupakan yang cip ini banyak digunakna oleh model-model premium tahun 2022 dan masih lagi berupaya memberikan pengalaman guna yang baik. Selain SoC, ada macam-macam lagi maklumat dikongsikan.

Contohnya, di bahagian muka, telefon ini ada panel apaparan 6.7" AMOLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Kemudian, di bahagian papan utama, selain cip Snapdragon itu, ia dikhabarkan digandingkan dengna RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 256GB.

image is not available

Daripada gambar yang dikongsikan, kita juga boleh nampak konfigurasi 3 buah kamera yang, berdasarkan info, diperkasa sensor 50MP, 8MP, dan 2MP. Susunan kamera belakangnya adalah OnePlus 10R 5G. Cumanya, 10R 5G diperkasa cip Dimensity 8100-MAX berbanding cip Snapdragon.

Mungkin mengguna pakai casis yang sama dengan 10R 5G, kapasiti bateri yang terkandung did dalam OnePlus Ace 2 adalah 5,000mAh dengan pengecasan pantas sehingga 100W.

Di Malaysia, telefon dengan Snapdragon 8+ Gen 1 setakat ini adalah OnePlus 10T. Harganya dalam pasaran Malaysia adalah RM3,199.

Bacaan berkaitan