
OnePlus Ace 6T dilancarkan di China dengan ia adalah peranti pertama dengan cip Snapdragon 8 Gen 5. Ia hadir dengan skrin 6.7″ OLED 16Hz, memori sehingga 16GB LPDDR5x RAM, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri 8000 mAh dengan pengecasan 100W berwayar sahaja.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP (OIS) dan ultra lebar 8MP sementara kamera swafoto pula sebesar 32MP. Peranti turut menggunakan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16. Sekilas pandang ia adalah alternatif kepada OnePlus 15 dengan spesifikasi yang dikurangkan.
Ciri lain yang diketahui setakat ini ialah pengimbas cap jari bawah skrin, kemasan micro arc seperti OnePlus 15 pada panel belakang, kemampuan kalis air serta debu IP69K dan peranti ini akan dilancarkan ke pasaran global sebagai OnePlus 15R. Harga jualan belum lagi diumumkan.


