OnePlus Buds Pro 3 Tertiris, Pengganti Buds Pro 2 Yang Dinantikan

TechnologyDigital
2 Aug 2024 • 11:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus Buds Pro 2 adalah TWS premium yang sangat enak. Sehingga hari ini saya masih menggunakannya tetapi sayang sekali Buds Pro 3 masih tidak kedengaran. Baru-baru ini, spesifikasi dan rekaannya telah tertiris.

image is not available

Dua warna akan ditawarkan iaitu Midnight Opus dan Lunar Radiance. Kali ini OnePlus menggunakan rekaan yang lebih premium seperti menggunakan kemasan seakan kulit pada pod pengecasan. Untuk setiap fon telinga, ia mengekalkan rekaan bertangkai dengan kemasan berkilat. Bateri turut telah dipertingkatkan dengan ketahanan mencapai 43 jam. Untuk sambungan, Bluetooth 5.4 digunakan dan pemandu audio pula adalah gabungan 11mm woofer dan 6mm tweeter.

image is not available

OnePlus turut akan mengekalkan sokongan memainkan audio berkualiti tinggi melalui DAC dan LHDC 5.0. Dynaudio EQ juga kembali tetapi tiada indikasi mengenai profil audio Hans Zimmer. Untuk perlindungan terdapat IP55 dan turut menyokong sambungan ke dua peranti serentak. Tiada khabar bila ia akan dilancarkan dan apakah harganya, apa-apa pun ia adalah satu TWS yang saya harap sangat akan dijual di Malaysia.