Galaxy Buds 3 dan Buds 3 Pro: Harga dan promosi tempahan awal di Malaysia

Digital
10 Jul 2024 • 10:19 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selepas tiga tahun memperkenalkan siri Galaxy Buds 2, Samsung kini telah memperkenalkan fon putik terbaru mereka, siri Galaxy Buds 3. Ia terdiri daripada dua model yang serupa, iaitu Buds 3 dan Buds 3 Pro. Dengan dikenakan rekaan baharu dan naik taraf pada segi fungsi, harganya juga menyaksikan sedikit peningkatan berbanding model terdahulu.

Harga Galaxy Buds 3 dan Buds 3 Pro di Malaysia

Untuk lebih jelas, berikut adalah harga rasmi Buds 3 dan Buds 3 Pro di pasaran Malaysia:

  • Galaxy Buds 3 – RM599
  • Galaxy Buds 3 Pro – RM999

Sekiranya berminat, fon putik Buds 3 dan Buds 3 Pro boleh mula dipratempah sekarang mulai 10 julai sehingga 30 Julai 2024. Samsung juga menyertakan hadiah percuma berupa sarung bekas pengecas bernilai RM169 kepada mereka yang membeli dalam tempoh ini. Bagaimanapun, rekaan bekas pengecas tertakluk pada ketersediaan.

Lebih menarik, lebih penjimatan juga boleh dinikmati ahli Samsung Members Loyalty Program kerana Samsung memberikan diskaun sehingga 40% untuk kedua-dua Buds 3 dan Buds 3 Pro, dengan Buds 3 diberi potongan sebanyak RM100, manakala Buds 3 Pro RM200.

Untuk tidak melepaskan peluang, anda boleh membuat tempahan awal Buds 3 di sini dan Buds 3 Pro di sini.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Buds 3 dan Buds 3 Pro, anda boleh layari laporan kami mengenainya di sini. Anda juga boleh tonton penerangan kami di TikTok.

Bacaan berkaitan