OnePlus dan Keychron lancar papan kekunci mekanikal, Keyboard 81 Pro

Digital
8 Feb 2023 • 8:38 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Usaha sama antara OnePlus dan Keychrone kini sudah berbuah. Bersama-sama dengan flagship OnePlus 11, mereka juga mengumumkan pelancaran satu produk baharu iaitu papan kekunci. OnePlus Keyboard 81 Pro adalah sebuah papan kekunci dalam kelas mekanikal.

image is not available

Walaupun dikhabarkan produk usaha sama, penglibatan OnePlus pada produk ini daripada segi teknikal mungkin agak minimum kerana papan kekunci ini sangat mirip produk sedia ada iaitu Keychron Q1 Pro. Makanya Keyboard 81 Pro bolehlah dianggap versi istimewa ataupun dijenamakan semula.

Di atasnya terdapat 81 kekunci dan disebabkan badannya yang kompak, pad nombor di sebelah kanan tidak disertakan. Kesemua kekunci ini dirumahkan dalam sebuah badan aluminum hasilan CNC yang pastinya tegap.

image is not available

Sebanyak dua jenis suis kekunci boleh didapati iaitu Winter Bonfire yang perlukan taktil yang lebih kuat. Buat yang inginkan penglaman menaip lebih senyap, suiz linear Summer Breeze boleh dipilih.

Tahap kustomasi papan kekunci ini tinggi. Suisnya adalah jenis hot-swappable bermakna suis boleh ditanggal daripada papan utama tanpa perlu sebarang peralatan pateri. Makanya, pemilik boleh mencampurkan pelbagai jenis suis di papan kekunci dengan mudah sekali.

image is not available

Antara perkara yang menarik tentang OnePlus Keyboard 81 Pro adalah ia dilengkapi lampu latar RGB yang boleh disuaikan mengikut cita rasa pengguna. Tambah menarik, ia memiliki bateri untuk membekalkan kuasa pada dirinya sendiri dan boleh berhubung dengan komputer melalui sambungan Bluetooth selain melalui sambungan USB-C.

image is not available

Tangki bateri 4,000mAh katanya boleh memberikan waktu khidmat selama 100 jam dengan tetapan kecerahan lampu latar pada tahap minimum.

Maklumat yang masih tiada tentang produk ini adalah bila dan berapakah ia akan dijual. Untuk panduan, versi Keychron papan kekeunci ini boleh didapatkan pada harga USD199 (RM855).

Sumber: OnePlus