OnePlus Hadir Dengan Fon Putik Dengan Bateri Sehingga 36 Jam Pada Harga RM329

TechnologyDigital
4 Apr 2023 • 10:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bersama-sama pengenalan telefon pintar baharu OnePlus Nord CE 3 Lite, pihak OnePlus kini turut memperkenalkan sebuah aksesori pelengkap untuknya, iaitu OnePlus Nord Buds 2.

Nord Buds 2 ini merupakan fon putik nirwayar yang hadir dengan sokongan pembatalan hinggar aktif, dan hadir dalam pilihan warna hitam serta putih.

image is not available

Menariknya juga mengenai fon putik ini adalah ia dikatakan menawarkan masa penggunaan bersama kerangka simpanan sehingga 36 jam lamanya.

Bagi anda yang berminat dengan penawaran OnePlus Nord Buds 2 ini pada hagra RM329 di Malaysia, bermula 11 April ini.