Sony WF-C700N Dilancarkan Dengan Audio 360 Dan Bateri 15 Jam

TechnologyDigital
4 Apr 2023 • 7:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sony WF-C700N telah diumumkan pagi ini dengan ia merupakan alternatif kepada WF-1000XM4 yang lebih mampu milik. Fon telinga jenis putik ini hadir dengan ciri seperti pembatalan hingar, mod tembus, kalis air dan audio 360 darjah.

image is not available

Fon telinga ini mempunyai pemandu audio sebesar 5mm dan hanya seberat 4.6 gram. Setiap putik audio boleh beroperasi sehingga 5 jam dengan ANC dan 7.5 jam tanpa ANC. Jika pod pengecas digunakan tempoh penggunaan WF-C700N boleh mencecah 15 jam. Terdapat pada sesentuh pada bahagian sisi tubuh untuk mengawal muzik.

image is not available

Tambatan muzik adalah menerusi bluetooth 5.2 dengan sokongan codec SBC dan AAC. Tiada sokongan LDAC diberikan pada produk lebih mampu milik ini. WF-C700N boleh ditambat kepada dua peranti secara serentak.

Ciri menarik lain yang disertakan ialah sokongan audio 360 Reality Audio, Digital Sound Enhancement Engine (DSEE) dan Dolby Atmos apabila dipadankan dengan TV Sony Bravia. Ia juga boleh digunakan untuk bersenam kerana melepasi piawaian IPX4. Harga jualan Sony WF-C700N ialah £99.99 (~RM550) sepasang dalam warna hitam, hijau, ungu dan putih.