OnePlus Memfailkan Tanda Dagang V Flip Dan V Fold Untuk Peranti Skrin Boleh-Lipat

TechnologyDigital
30 Jan 2023 • 7:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo akan melancarkan Find N2 dan N2 Flip di peringkat global di acara MWC bulan depan. Sebagai anak syarikat Oppo, OnePlus juga tidak mahu ketinggalan dengan mereka telah memfailkan tanda dagang untuk OnePlus V Flip dan OnePlus V Fold.

Masih tidak diketahui bilakah dua peranti ini akan dilancarkan secara rasmi. Yang pasti V Flip ialah peranti dengan rekaan mirip Find N2 Flip dan V Fold pula mungkin mirip Find N2. Adalah kebiasan untuk peranti OnePlus mengambil elemen dari peranti Oppo. Jadi tidaklah mengejutkan jika hanya sedikit perubahan dilakukan.

Apabila dilancarkan kelak, ketiga-tiga syarikat di bawah payung BBK Electronics iaitu Oppo, OnePlus dan Vivo mempunyai peranti skrin boleh-lipat mereka sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved