Oppo Find N2 Flip Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

TechnologyDigital
6 Jan 2023 • 4:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo Find N2 Flip telah dilancarkan di China sebelum ini sebagai peranti dengan skrin boleh lipat jenis clampshell terawal daripada mereka. Terdapat hal yang menarik apabila peranti tersebut kini melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia. Ia ditemui dengan nombor model CPH2437 (OPPO Find N2 Flip) yang didaftarkan oleh Jie Business Sdn Bhd pada 31 Disember 2022.

image is not available

Buat masa ini belum dapat dipastikan peranti ini kelak menyokong spesifikasi yang sama seperti di China atau sebaliknya. Tetapi sekiranya sama, ia akan mempunyai skrin utama AMOLED 6.8-inci, skrin luaran OLED 3.26-inci, cip Dimensity 9000+, kamera 50MP dan bateri 4,300mAh. Sama-sama kita nantikan kemaskini lebih lanjut daripada pihak Oppo Malaysia sendiri.