Presiden OnePlus China kini mengesahkan pengeluar peranti berkenaan akan hadir dengan sebuah siri baharu tidak lama lagi, dinamakan OnePlus Turbo. Dibawah siri ini, pihak OnePlus akan memfokuskan kepada beberapa ciri utama, termasuk prestasi, jangka hayat bateri dan juga sokongan permainan video melaluinya.
OnePlus juga mungkin memposisikan peranti ini sebagai telefon gaming oleh mereka.

Mengikut desas-desus, OnePlus dijangka memperkenalkan dua peranti dibawah siri ini pada 2026 kelak. Namun, ia tidak diketahui sama ada peranti ini akan dipasarkan di China sahaja, atau ditawarkan pada peringkat global.
Dalam masa terdekat ini, OnePlus menyasarkan pengenalan OnePlus 15R secara rasminya pada minggu ini.



